top of page

PROFIL SEKOLAH

PROFIL SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar  (SMKLG) telah ditubuhkan pada Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kubang Keranji, SMKLG terletak di Kubang Keranji, 16150 kota Bharu, Kelantan.  Jarak sekolah ini dari Kota Bharu lebih kurang 10 km melalui jalan Kota Bharu – Pasir Puteh.​
Pada peringkat awal penubuhan SMKLG tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Long Gafar (Sekolah Rendah Kubang Keranji). Bilangan pelajarnya seramai 90 orang yang semuanya tingkatan satu dan waktu pembelajarannya pada sebelah petang.​
Pada tahun 1970, SMKLG telah mendapat bangunan sendiri yang mengandungi sebuah makmal sains, sebuah bilik jahitan,  bilik darjah dan pejabat pengetua, sekarang ini diberi nama Blok Intelek.  Pada 17 hb Julai 1974, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Long Gafar. Nama ini diambil sempena nama Long Gafar  seorang pahlawan dan pembesar sekitar tahun 1670an.  Beliau merupakan seorang pahlawan yang warak, adil, berani, tangkas bermain senjata, disegani dan digeruni.  Beliau meninggal dunia ketika berusia 110 tahun.  Jenazah beliau dimakamkan di Kg Limbat, kira-kira 1 km dari SMKLG.  Justeru, sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh beliau itulah mendorong sekolah ini diberi nama sempena nama beliau.  Harapan warga sekolah agar sekolah ini juga mempunyai keistimewaan, masyhur dan terkenal sebagaimana Pahlawan Long Gafar.​
Semasa penubuhannya pada tahun 1965, SMKLG hanya mempunyai seramai 4 orang tenaga pengajar sahaja.  Walau bagaimanapun bilangan  ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa selaras dengan pertambahan pelajar.  Kini SMKLG mempunyai 97 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 1269 orang dilengkapi dengan berbagai kemudahan termasuk dewan terbuka pada tahun 2001 dan yang terkini adalah gelanggang futsal 1Malaysia pada tahun 2012.​
Sesi pembelajaran di SMKLG adalah dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.  Bilangan bilik darjah yang terdiri daripada 35 unit tidak dapat manampung bilangan kelas sebanyak 43 kelas.  Oleh itu pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 terpaksa belajar disesi petang.​
Sejak penubuhannya 48 tahun yang lalu, SMKLG telah mengorak langkah setanding dengan sekolah-sekolah harian yang lain di negeri Kelantan sama ada dalam bidang akademik dan bidang-bidang lain.

TAFSIRAN LOGO SEKOLAH.

Sekolah Menengah Kebangsaan  Long Gafar mempunyai  lencananya  sendiri yang merupakan kombinasi beberapa lambang   tertentu   yang  memberi    erti    yang     tersirat.   Logo SMK      Long   Gafar   ini   dilukis oleh   En   Zainuddin  bin   Abdullah  iaitu    seorang   guru    Pendidikan   Seni pada   tahun 1996.
Lambang-lambang yang mempunyai erti tersirat itu ialah roda, gulungan     ijazah, gelungan   rotan   berkait    dan   moto    bertulisan  jawi    “Ilmu, Jaya, Bakti”.
Makna lambang-lambang tersebut adalah seperti berikut :


RODA   :  Lambang teknologi yang menjadi aspek  penting  untuk mencapai kemajuan.
GULUNGAN IJAZAH : Puncak  kejayaan yang menjadi  harapan  setiap  pelajar.
GELUNGAN ROTAN BERKAIT  : Sukan juga diutamakan yang menjadi aktiviti kecergasan.

TULISAN JAWI  : Ilmu : Menjamin kesejahteraan hidup di    dunia dan di akhirat.
Jaya : Kejayaan  menjadi harapan setiap  pelajar.
Bakti : Setelah berjaya menuntut   ilmu, maka  harapan berbakti pula kepada  agama, bangsa dan negara.

 

Menjulang namamu
SMK Long Gafar meniti usia
Mendidik anak bangsa
Mencapai wawasan perdana
Seiring kita berusaha
Yakinkan kejayaan
Penuh semangat dan bertakwa
Menyahut arus cabaran
Taat ibu bapa
Hormati guru
Sayangi teman
Patuhi ajaran
‘Together We Achieve Greatness’
Terpancar megah di hati
Tuhan kurniakan rahmat-Mu
Agar kami terus gemilang
Agar kami terus terbilang

 

Susunan Muzik : Asmawi Hussin (UPSI)
Lirik  : Noridah Hashim (SMKLG)

LAGU SEKOLAH

VISI SEKOLAH


Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar sebagai sekolah​
bukan kawalan terkemuka Negeri Kelantan  menjelang tahun 2015​
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

  •  Menyediakan pendidikan yang berkualiti merangkumi akademik, sahsiah dan kokurikulum selaras dengan perkembangan kemajuan teknologi terkini
  •  Mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan persekitaran yang kondusif
  •  Memastikan ‘Budaya Negatif Sifar’ dalam kalangan warga sekolah
  •  Memupuk kerjasama warga sekolah dan masyarakat setempat untuk sama-sama membudayakan konsep 5K (Kebersihan, Keceriaan, Kesihatan, Keselamatan dan Kemesraan)
  •  Meningkatkan imej dan taraf sekolah bersesuaian dengan hasrat masyarakat, PPD,JPN dan KPM

FALSAFAH SEKOLAH

 


Pelajar yang berada di sekolah ini berpotensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang dari  segi   intelek,   emosi, rohani   dan jasmani. Dengan itu, pelajar di sekolah ini   diberi peluang untuk mengembangkan keempat-empat aspek tersebut.   Sekolah   Menengah   Kebangsaan   Long Gafar mempunyai pendidik  yang  memiliki    kebolehan  iktisas dan berkeupayaan untuk memberi pendidikan   yang  lengkap dan berkualiti bagi memajukan  pelajar di sekolah ini.

MATLAMAT SEKOLAH



  •  Menyediakan pendidikan yang berkualiti bagi mencapai kecemerlangan ilmu sebagai persediaan pendidikan tinggi bertaraf dunia
  • Melahirkan kesejagatan kepemimpinan pelajar yang cemerlang
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemapanan  sahsiah yang unggul
  • Melahirkan kejituan patriotisme  dalam kalangan pelajar
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai mempunyai Multiple Soft Skill

dan Emotional Quotient (EQ)  yang tinggi

  • Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif dan harmoni
  •  Meningkatkan profesionalisme guru-guru dari semasa ke semasa
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan dalam  kokurikulum
  • Mewujudkan kerjasama dan pemuafakatan sekolah dengan komuniti















/

bottom of page